Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......
a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring
b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring
c) Gunung berlumut - di batu gigi boleh juga baring disebelahnya
d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid
e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas
f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan
CARA CARA DAN TERTIB
1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut
2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya
3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)
4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian
lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi
air sahaja...terus fokus dan rileks
5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin,
anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan
oleh deruan air
6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak
dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat
lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza
Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda
mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga
alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang
penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga
singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu
menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka
anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap
di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....
Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu
memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked
mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi
tenaga yang besar.
Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....
Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam
terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun
anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun
bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?
Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...
Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....
Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:
a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )
b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka
c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi
pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang
pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik
)
d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar
e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun
sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu
baru tau..tok tak tanggung ok
f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri
lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk
berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi
kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik,
urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip
mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah
berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang
syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya...
akidah calar, rosak jiwa.
PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......
PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising
Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena
berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan,
jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan
syaitan....
Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........
JAMINAN KE ATAS DIRI TOK
* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari
alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk
yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga
tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... ,
sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )
* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad
semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena
telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang
menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir
gilir merasa buat