Tuesday, January 21, 2014

OH mari mengenal storan usb tiruan (Pendrive)

rock | 3:00 AM | 0Comments |
Baru beberapa hari lepas saya singgah di pasar malam di Perlis...dalam duk meronda sambil mencari makan ternampak la peniaga ni menjual pendrive 256gb rm 20...fuhhh..dengan teruja nya trus singgah la..time tu jgak aku mmng memerlukan sngt..aku pon tnpa byk bicara pergi la beli....kusangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari...nak tahu sebabb apa...ok baca artikel ni ye..kt bwh ni gmbr bkti aku dh terbeli.

Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan. 
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Konklusionnye
Aku dah pon terkena..so korang bagaimana?????hahaha

Sunday, June 16, 2013

Cara-cara memasuki alam bunian

rock | 3:30 AM | 0Comments |

Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......
a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring
b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring
c) Gunung berlumut - di batu gigi boleh juga baring disebelahnya
d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid
e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas
f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan

CARA CARA DAN TERTIB

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut
2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya
3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)
4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks
5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air
6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza
Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....
Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.
Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....
Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?
Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:
a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )
b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka
c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik )
d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar
e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu baru tau..tok tak tanggung ok
f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik, urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya... akidah calar, rosak jiwa.
PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......
PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising
Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan, jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan syaitan....
Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........

JAMINAN KE ATAS DIRI TOK

* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... , sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )

* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir gilir merasa buat

Tuesday, April 30, 2013

Sayangilah Mereka :D

rock | 4:41 PM | 1Comments |
            Assalamualaikum..hokalohh tahun 2013 ni xberkesempatan lagi ambo nak sesi luahan hati..Harini ambo nak meluahkn sedikit rasa terkilan dek kerana manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .. Nak tahu apa yang diorang pentingkan??jeng jeng.heee..sebelum tuh nak tanya sesapa pon la,korang setuju tak bahawa kempen "no cat and no food to cat"ini dilangsungkan x kira la dimana mana pon???
           Hurmm bermula lah cerita ni..kat tempat aku belajar sekarang ,ada lah segelintir manusia ni wujudkan kempen yang anti kucing .Korang tahu kan kucing ni menurut  Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
       Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
           Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

          So kucing ni makhluk Tuhan juga,walau x suka mana pon kita dekat kucing itu,janganlah sampai terlalu taksub sampai nak berkempen2 ni..sesungguhnya haiwan ini bukan najis seperti haiwan2 yang diharamkan dalam islam..kalau kita tangkap dan bunuh kucing tu pun bukan nya diorang terus lenyap kt dunia ni..masih ada belambak lagi kucing yang boleh datang kembali kat kita.RENUNG-RENUNGKAN ,ini bukan berkempen tetapi sesi meluahkan hati ja :)

Sunday, December 23, 2012

Kehidupan DI Universiti

rock | 8:20 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..lama benor x mengupdate,kali ini,ceq mau cerita sedikit kehidupan baru ceq di U nih.huhu..zaman sekolah----->zaman Universiti.Ohh,sangt rumit,banyak benor keje diberi berbanding di sekolah dulu..Almaklum,dlu suma cikgu suap,tapi sekarang susah dah nk jd gitu kerana kehidupan di sini sangat2 memerlukan sifat BERDIKARI...nk cari kelas pon perlu cari sendiri,nk ke dewan exam pn cari sendiri.Huuu.btw Alhamdullillah,aku berjaya jugak menjejak kan kaki ke Universiti setelah menjadi idaman ku berabad tahun dahulu...Aku ni bekas pelajar STPM..sekolah kebanggaan ku ialah SMK Syed Alwi yang terletak di Perlis saja..setelah 2tahun belajar untuk mendapatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ni,akhirnya dapat juga aku mencapai impian ku :).Oh sebelum terlupa tempat belajar aku sekarang ialah Universiti Utara Malaysia n sebagai rumah kedua ku.hoho..ibarat dalam penjara,pergi ------->balik kelas pastuh masuk bilik TIDO+study ckit arr.ahaha,layan movie,beronline laman sosial,dan menyiapkan tugasan yang belambak...ohh itulah rutin harian ku..BEST kan??heee..UUM nih terletak di Sintok.Kedah n merupakan Unvrsti pengurusan .Err.ahaa,roomate ku orang kelantan,a.k.a sama kos ngn aku..ahaa,kt U ni ada macam-macam fasiliti,ada MALL jugak wooo.bole shoping bg kaum Hawa.hahaha..so maybe setakat itu dlu kot coretan ku. salam u alll :)

Sunday, July 22, 2012

"PENGSAN DALAM MASJID" (^_/)

rock | 1:29 AM | 0Comments |
assalamualaikum,masih tak terlewat nk ucap selamat menyambut bulan ramadhan ini kan?hehe(^_^)

nihaaa cakap sal puasa ni,mcm biasa la,aku puasa .hehe.nk dijadikan cerita hari 1st puasa(semalam)aku pegi masjid nk tunaikan terawih..selepas je solat isyak imam bangun utk solat terawih lak,ak pn sbgai makmun,join la solat tuh di baris saf yg 2.tgh2 imam duk baca surah yang amat pnjng jgk la.aku terasa telinga aku ni berdesing ja,pastu kepala aku mcm berpusing2 ja..huhuhu..tiba2 sedang aku dok tahan dri pening ni,mata aku terus jadi hitam..pastu terasa la diri aku ni terhuyung-hayang..then tiba2 ,trus ak tak sedar...smpai la ak trjaga bila ada pakcik ney pggl diri aku ni..dgn kpla duk pusing2 lg,aku buka la mata...mak aii ramai dh org duk dpn aku.hhuhu,smbil aku trbring,trasa sakit di blkng kpala ku ini..then ada la sorang pakcik gtaw aku jtuh pgsan time solat td...bunyi jatuh kuat jgk la,smpai stu masjd  dgr,bibir pn biru,muka pucat lesi(gitu la apa yg pakcik tuh gtaw aku).huhuhu..slpas je brht2 aku drive la motor aku pulang ke rumah .yeayyy !! dan aku trus tido sepuas-puasnya,keesokan hari baru la aku crta kt mak n ayh aku..then g klinik,doktor ckap angin dlam badan,pnca salah satu aku pgsan..

sekiann untuk tulisan hari ini.huhu,wasalam :)

Sunday, June 17, 2012

Tanda-tanda female menyukai male :P

rock | 3:01 AM | 0Comments |
1. Sentiasa berada dalam radar

Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan. Setiap kali anda online melalui MSN atau Yahoo! Messenger dan si gadis menegur, ini bukan sekadar being polite! Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula dengan mengatakan dia stalker anda pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia! 

2. Gerak badan

Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia. 

3. Sentiasa available untukmu

Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia menerusi chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu. 

4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu

Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu! 

5. Dia tidak lupa hari pentingmu

Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.

Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti.

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN 2011

rock | 6:56 AM | 0Comments |
tanggal 10/12/2011 gerhana bulan terjadi.huuu..Apa yg aku ingt la..kjdian ni trjadi semasa bumi beredar keliling matahari,bumi kita ni berada dkt ngn kedudukan di antara matahari dan bulan,pastu bayang2 bumi akan jatuh kt bulan dan keadaadn ni la yg menyebabkan belakunya gerhana bulan :D

if silap tlng la perbetulkan nah !.heee tp aku rasa btol sbb blja dlu dlm subjek geografi
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.