Sunday, June 16, 2013

Cara-cara memasuki alam bunian

rock | 3:30 AM | 0Comments |

Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......
a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring
b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring
c) Gunung berlumut - di batu gigi boleh juga baring disebelahnya
d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid
e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas
f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan

CARA CARA DAN TERTIB

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut
2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya
3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)
4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks
5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air
6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza
Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....
Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.
Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....
Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?
Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:
a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )
b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka
c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik )
d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar
e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu baru tau..tok tak tanggung ok
f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik, urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya... akidah calar, rosak jiwa.
PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......
PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising
Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan, jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan syaitan....
Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........

JAMINAN KE ATAS DIRI TOK

* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... , sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )

* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir gilir merasa buat

Tuesday, April 30, 2013

Sayangilah Mereka :D

rock | 4:41 PM | 1Comments |
            Assalamualaikum..hokalohh tahun 2013 ni xberkesempatan lagi ambo nak sesi luahan hati..Harini ambo nak meluahkn sedikit rasa terkilan dek kerana manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .. Nak tahu apa yang diorang pentingkan??jeng jeng.heee..sebelum tuh nak tanya sesapa pon la,korang setuju tak bahawa kempen "no cat and no food to cat"ini dilangsungkan x kira la dimana mana pon???
           Hurmm bermula lah cerita ni..kat tempat aku belajar sekarang ,ada lah segelintir manusia ni wujudkan kempen yang anti kucing .Korang tahu kan kucing ni menurut  Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
       Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
           Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

          So kucing ni makhluk Tuhan juga,walau x suka mana pon kita dekat kucing itu,janganlah sampai terlalu taksub sampai nak berkempen2 ni..sesungguhnya haiwan ini bukan najis seperti haiwan2 yang diharamkan dalam islam..kalau kita tangkap dan bunuh kucing tu pun bukan nya diorang terus lenyap kt dunia ni..masih ada belambak lagi kucing yang boleh datang kembali kat kita.RENUNG-RENUNGKAN ,ini bukan berkempen tetapi sesi meluahkan hati ja :)
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.