Tuesday, April 30, 2013

Sayangilah Mereka :D

rock | 4:41 PM | 1Comments |
            Assalamualaikum..hokalohh tahun 2013 ni xberkesempatan lagi ambo nak sesi luahan hati..Harini ambo nak meluahkn sedikit rasa terkilan dek kerana manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .. Nak tahu apa yang diorang pentingkan??jeng jeng.heee..sebelum tuh nak tanya sesapa pon la,korang setuju tak bahawa kempen "no cat and no food to cat"ini dilangsungkan x kira la dimana mana pon???
           Hurmm bermula lah cerita ni..kat tempat aku belajar sekarang ,ada lah segelintir manusia ni wujudkan kempen yang anti kucing .Korang tahu kan kucing ni menurut  Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
       Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
           Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

          So kucing ni makhluk Tuhan juga,walau x suka mana pon kita dekat kucing itu,janganlah sampai terlalu taksub sampai nak berkempen2 ni..sesungguhnya haiwan ini bukan najis seperti haiwan2 yang diharamkan dalam islam..kalau kita tangkap dan bunuh kucing tu pun bukan nya diorang terus lenyap kt dunia ni..masih ada belambak lagi kucing yang boleh datang kembali kat kita.RENUNG-RENUNGKAN ,ini bukan berkempen tetapi sesi meluahkan hati ja :)
© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.